Monday, May 21, 2012

Tips Pikat Isteri :)

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suamimembazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakanpasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tanggaterancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuandan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia danisteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar,isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya.Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskaniman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Friday, March 23, 2012

Wahhhh...lamanya x update blogg!!!


Salam to all...

Wahhh..lamanya sy x update blog..isk..isk.. bersarang, berkulat sume ade :P... What story??? Ikutkan byk cite yang blaku sepanjang hidup ini...

Dari Eishan nak pegi tadika, langsung xnak pegi dah, dok ikut g taska adik dia je...okla dari xnak pg langsung kan..Dari Capiya yang merangkak sekarang da pandai blari siap da pandai bergaduh ngn abang die...huhu

Banyak sangat... :)) sekejap betul masa blalu..cepat betul anak2 mbesar...rindu saat2 mereka masih baby...ooops...sy masih belum bsedia untuk mendapat baby lg...hihihi...takut nak czer lg ...nak rest dulu yek...

Papepon... sy just nak bgtau..sy dah mula rindu untuk berblogging semula...hehehehe...dekat setengah tahun bercuti! lamanya...

Come and let see some of my kid's pic :)) Rindunyaaaaaa blog niiii....



Soping di C4 ;P


Nando's Alamanda


Encem anak mama!


Capiya buat muka ngada2...


Sonok tol main ngn adik kat sini...

Wednesday, August 24, 2011

Salam Aidilfitri



Untuk semua umat Islam, sy dgn rendah hati ingin menyusun 10 jari memohon maaf jika ada post2 / komen yg mengguris hati semua, semoga Ramadan yg bakal blalu pergi ini kita semua dapat mengisi dgn perkara2 yg baik2, dan kedatangan Syawal nanti akan menambahkan ukhuwah sesama kita...


Kepada mereka yang beraya di perlis, roger2la ye, saya akan pulang beraya di kampung hubby , dekat Kg. Long Boh, Simpang Empat.. :)


Semoga anda & keluarga selamat pulang ke kampung masing2, yang memandu, sila berhati2, kalau mengantuk, berenti dulu ye...Salam sayang dari saya utk semua...Yahoooo!!!! rini last keje, nak wat projek kuih raya pasnih...hihi







Thursday, May 26, 2011

Most Popular - KongsiResepi.com

Most Popular - KongsiResepi.com

Monday, May 9, 2011

Happy Mother's Day!

Happy Mother's Day!!! Walaupun hari ibu semalam bukanlah hari yg menggembirakan utk diri ini, tp ku masih mampu tersenyum, dan menyediakan sebiji kek utk diraikan bersama mak tersayang, dan kakak2 iparku...


Tak perlu hadiah yang mahal2, tak perlu bawak pegi makan kat tempat mahal2 & eksklusif, bukan itu kami, yang bergelar ibu mahukan...cukuplah sekadar ucapan terima kasih dan secebis kucupan yang ikhlas dari pasangan kerana telah bersusah payah, bertarung nyawa melahirkan anak2 kecil itu...cuma sedikit penghargaan...itu saja...


Apa2 pun, mak...naz sygkan mak...terima kasih atas segala2nya...mak terlalu byk berkorban utk kami...mati hidup balik pon xkan boleh balas budi mak...mak adalah anugerah yg x ternilai...




My special deco :)


The mummies...







Friday, May 6, 2011

My 1st Order!



Tadaaa!!!! my 1st order from office mate :)

-

-

My blueberry cheese tart~

-





Jalan-jalan di I-City



Saja menghabiskan hari minggu bersama keluarga tercinta weekend lepas..huhu...


jom layan pics ;) -- gambar Eishan susah tol nk snap, asyik nak lari je keje..adess!







Monday, April 25, 2011

Baking! baking! and again...baking!..hihi

Setelah kurang berjaya buat moist choc cake last week ( kek da jadi dodol..huhu)..sedikit pon tidak mematahkan semangat tuk bake lagi..heheh...alhamdulillah...semalam akhirnya baru puas hati ngn hasilnya.... ;)

Thanx a lot tuk kak Sarimah Yahya yg berkongsi resepi ni kat Kongsi Resepi...suka sgtttttt......


Nak resepi? boleh aje...



KEK COKLAT KUKUS MOIST. --- Sarimah Yahya (KR)

Bahan A

2 biji telor gred A ( akk guna 3 biji telur)

1 cawan serbuk koko ( akk tmbh lagi 1/2 cwn milo)

1 cwn gula (guna gula pasir jea)

1 cawan susu pekat

1 cawan minyak masak (akk suka guna butter yg dicairkn)

2 cwn tepung gandum**

1 sudu kecil soda bikarbonat** ( akk cma letak 1/2 sudu kfc (sudu plastik tu)

1 sudu kecil baking powder ** ( akk gna extra skit :1 sudu besar )

bahan B

1 cwn air panas

cara2:-

pecahkn telor kacau ngan senduk biar sebati..(tk perlu pukul)masukkn serbuk koko,gula,susu pekat,kacau sebati...

kemudian masukkn minyak masak gaul biar sebati...kemudian ayak tepung+soda+baking powder n masukkan dlm adunan td...

gaul sebati last sekali masukkn air panas...kacau smpai betul2 sebati..kemudian kukus selama 40 minit..dah masak sejukkn baru wt topping dia...

bhn2 topping:

cooking chocolate (apa2 brand pun boleh)

1/2 tin reduce cream milk (susu cair)

1 sudu kecil nescafe(jika suka)

msk bhn guna cara double boiler sampai likat bru tuang atas kek n hias ikut citarasa sendiri...


tadaaaaaa....ni la hasilnya... ;)


-


-


Buat layer, letak lagi choc kat tgh..mabeles!!!




Kek twinkle2...Eishan dok kutip star atas tu je...



Thursday, April 21, 2011

Tips ajak anak bsolat

Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu

Semoga semua mendapat manfaat..


bERBALOI PENAT LELAH KU...


by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm


Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all

my penat lelah paid off...


I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th

birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi

dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat

since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is

SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very

important to keep this in mind:-


1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong

signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun

lambat


2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau

tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu

Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -

lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and

say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her

never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik

cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni

melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik

cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"


3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how

we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,

bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK

solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua

kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!

I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will

NEVER miss our solat.....


4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask

her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do

it with LOVE diselang seli dgn strictness)


5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak

tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love

her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3

kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar

dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau

TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.


Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna

solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for

her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i

wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy

and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi

cakap".....cair nya hatiku ini.


Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im

sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims

that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the

world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as

how Rasulullah asked us!


I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak

boleh diajar berjalan terus...fahamkan?



Sy dapat artikal ni dari group di FB..harap dpat kite sama2 manfaatkannya... :)

Monday, April 11, 2011

NAS already 6 months!!! yey!


Waduh..waduh...bukan senang nk snap gambo Safiyyah senyum..huhu..ni pon xsengaja he..hihi...ooh...hari ni 11/04/11 genap anak mama ni 6 bulan..

Alhamdulillah...till now Safiyyah masih fully bf.. n will start her solid food..mayb today opah kat umah nk start bg Safiyyah makan ye nak...

Harap2 ok la, sebab macam abg long Eishan dulu jenuh gak nk mkn, mkn je muntah, mkn je muntah, sampai sy pon takut nak suap mkn...da masuk 9 bulan barula boleh telan without muntah balik...huhu

Happy 6 months cayang ucuk mama! We all love u so much...

*Tenang hati mama bile tgk 2 adik beradik tido sekatil ngn mama..i love this feeling so much!



-



-



Wednesday, April 6, 2011

~ My Blueberry Cheeesse Tart ~


Hari tu berjaya gak wat cheese tart..wah...sedap gak..da lama plan nk wat, br berkesempatan nk wat ritu..barang2 sume beli kat Yummies, Bangi..

Senang gak nk wat..cuma kena sabar je byk..hihi...memula nk wat die nye shell tu payah skit, xsama tebal die..tp da lama2, expert da :)

jom tengok gambar!



Kulit yg siap di uli


shell yg da siap tunggu nk bakar



nampak menarik kan :) or sy sorang je yg terperasan? hihi



ayak! tray pembakar tu ade kat kg, lupa nk amik bawak blk, terpaksala guna tutup periuk aje..hihi



Tadaaaaa!!! Hot from oven!



Blueberry jem mmg byk sy letak..sedapppp



Dari pandangan atas..lom expert lg buat ukiran tu..hihi


Simpan lam tupperware :)


-
-

-
-


p/s : ade sapa2 yg berminat nk wat tempahan? sila2 la ye..hihi






Ubat oh ubat!


Rentetan dr demam, batuk & selsema Eishan ritu, da berjangkit pula ke Safiyyah...huhu...Safiyyah da mula batuk2 n hidung berhingus..adeh..ni yg lemah ni...yela. baby lg mn tau nk henyeh2 kuarkan hingus kan..klu hidung tersumbat, minum pon xboleh, mulala nk ngamuk je memanjang..

X boleh jadi ni...sian anak dara mama sorang ni...Malam tadi suh la papa nya beli Sterimar. Nasal spray tu...pagi tadi da test, byk gak la hingus yg kuar...hijau lagi..huhu

Harap2 cepat la hilang...lega hati mama...Btw, alhamdulillah...Eishan da baik demam..cuma tgl barul ngn selsema je lg..



Anak bulat mama..


Inila benda alah nasal spray tu









Tuesday, April 5, 2011

Eishan demam :(

Sejak Sabtu lepas Eishan start demam...Start masuk Ahad malam tu , demam makin kuat...sy risau dah..malam tu bawak gak Eishan g jalan2 Alamanda, kesian die...mlm hari Sabtu tu, merengek2 (xsihat) nk ade ajak g Alamanda. So, bawak jela...Eishan mmg susah btol nk makan ubat...tula dok g cari paracetamol yg masuk kat punggung tu..terpaksa...

Tapi demam x jugak kebah...xberpeluh pon...hari Ahad malam tu balik dr Alamanda, Eishan da lembik da..Ayam goreng Mcd yg die suka sgt mkn tu x disentuh pon..da xlalu nk mkn...baring je atas sofa...sy lap2 ngn kain basah..sebak da rasa..bergenang air mata...ye, kalau x Eishan sgt aktif, xlarat nk marah, nk bebel, ni bile die da demam, umah jd sepi...mmg terasa sgt...huhu

Malam tu tido xbg Eishan pakai baju, sebab mmg panas sgt bdn die, mmg nmpk die sejuk, tp terpaksa...kesian anak mama, tp xsanggup tgk, kol 3 pg tu pakaikan jugak baju, sepanjang demam ni, da 2 hari x makan..minum susu pon sgt2 la sikit.. :(

Hari Isnin pagi, demam stil x kebah2..ingatkan nk EL je rini, tp pk2 blk masuk lambat jela..kol 11 pg cmtu baru g kerja pas siap mandikan Eishan, mandikan Safiyyah...kol 2pm tu call mak, tanya Eishan mcm mn? Mak ckp bdn panas lg, dgr Eishan merengek2 nangis, mak tgh mandikan sebab panas sgt..hati da xtenang kat opis nih..huhu...kol 2.30 pm sy cabut...


Sampai2 umah, tgk bdn Eishan da mula berpeluh sikit, tgh tunggu papa balik nk bawak g klinik...Eventhough Eishan da mula kebah, tp kami still nak bawak g klinik, yela, skrg ni mcm2 penyakit ada, Eishan bukan setakat demam, selsema ngn batuk lagi..mmg sy risau sgt..huhu..So kami decide tuk buat terus blood test. Alhamdulillah result yg kuar semua normal..no more worries..





Tempat kena cucuk


Tgh tunggu result blood test


Adeii~~wahhh..Eishan relax je, x nangis, x nguwek skit pon..hebat!hebat!


Time nk cucuk ni mama pon cuak, takut Eishan nangis..kena physiko sket, Eishan HEBAT, Eishan BAGUS!


Lembik da anak mama...da x montel da..kejap tol bdn die surut..huhu


Lembik sampai tido je kat mana2...



Alhamdulillah...pagi ni bdn Eishan da xpanas mcm smlm...tp kol 5 pg td panas gak, pas masuk ubat kat punggung da ok, n berpeluh... harap2 leh full recover hari ni..ala...Safiyyah lak selsema ngn batuk... :(
-
-
-
-
-
-

The End..







Related Posts with Thumbnails

WELCOME!


New Updates!

Jom KLIK! KLIK!