Thursday, August 26, 2010

Ramadan datang lagi...


Alhamdulillah...sy masih diberi peluang untuk menjengah lagi bulan Ramadan kali ini...hurmm...dan kenangan tahun lepas kembali lagi...di mana ayahanda tercinta pergi mengadap Illahi di waktu umat Islam sedang berbuka puasa...

Esok merupakan hari turunnya Al-Quran iaitu hari Nuzul Al-Quran...ye...pada hari itula ayah pergi mengadap yang Esa tanpa kami duga...cuma tinggal beberapa hari je lagi nk menyambut Syawal, ayah pergi dahulu...x sempat menyarungkan pakaian baru yg sy belikan utk ayh...cuma ayah sempat memakai kopiah baru yg sy belikan sehari sebelum ayah pergi...

Itulah perjanjian kita dengan Allah swt...sampai masa kita akan pergi mengadap-Nya...xkira masa, xkira tempat, xkira bagaimana keadaan kita...kami redha...walaupun terasa sedih sgt di hati masing2...kami tahan....walaupun sambutan hari raya tahun lepas sedikit hambar, tp kami cuba utk melawan perasaan sedih itu sebab xnak mak rasa sedih sgt kehilangan ayah...kami tau, cuma anak2 yg dapat beri mak kekuatan utk menempuh suratan Illahi ini...


Gambar di atas adalah gambar terakhir arwah menyambut Hari Raya bersama2, tahun 2008...rindu betul pada wajah itu...semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...amin...

Al-Fatihah...


Friday, August 20, 2010

Berita gembira :)) !!!

Salam to all...xtau macam mana nak ckp coz still dun believe it...semalam sy baru terima surat dari company. Surat apekah???? suspen tol mula2 nak bukak tu..dup dap dup dap...perkara pertama yg sy cari ialah title untuk surat itu...yes!! yes!! yes!! perkara yg sy tunggu dengan sabar hampir setahun lebih akhirnya menjadi kenyataan...apekah???!! 'Salary Adjustment'...


-

-

Alhamdulillah...alhamdulillah....bersyukur atas rezeki yg Engkau beri padaku...bykkah? sikitkah? hurmm...what can I say juz...more than my expectations.. :) mungkin ini sudah tertulis rezeki untuk baby yg dok menendang2 dlm perut ini..huhu...ye la... Allah swt da atur yg terbaik untuk kita asalkan kita sabar, berusaha, dan yg paling penting ialah berdoa....Masa preggykan Eishan sy dapat kerja setelah beberapa bulan menganggur dan kali ni masa preggykan anak ke dua bertambah lak gaji....Alhamdulillah...Engkau mendengar doaku itu...Yang penting kita kena percaya rezeki anak tu pasti ade :)

-

-

Tahniah juga pada rakan sekerja yg dapat jugak...hihi...semoga terus maju ye kawan2 :)




Monday, August 9, 2010

Hari yg bosan...jom tengok MSS collection :)

Hari ni seharian kat opis sgt bosan....pc kat opis kena format...bawak la my lappy ke opis, actly my lappy ni br je upgrade ke Windows 7....so , plan kat opis boleh la install Adobe CS4 n buat keje opis cm bese....adeh...xtau nape mayb CD tu da scratch ke ape byk lak file yg broken....so, xdpt la buat keje opis...terasa seperti membuang masa la pulak....


Sambil bosan2 tu ade gak la jenguk2 my online shop...Alhamdulillah ade gak pengunjung dan pembeli....terima kasih byk2 ye kepada customer2 yg da beli barang tu n singgah di blog My Sweety Shop aka MSS :))

Kepada tetamu blog personal sy ni , kat bawah sy ade upload beberapa pics antara item yg dijual di MSS....jom le tengok cuci mata...sy tgh buat sales ni...untung kalau beli sekarang...Sekarang tgh tunggu leg warmer lak...hurmmm....xsampai2 lagi....nanti da sampai sy announce ye :)



Stretchable Crochet Headband (pink)


Stretchable Crochet Headband (cream)


Carter's Baby Romper / Bodysuit (Gift Set) -- Girl



Carter's Baby Romper / Bodysuit (Gift Set) -- Boy



** nak tau price leh ke link My Sweety Shop ye :)


Thursday, August 5, 2010

My New Look Bisnes Blog :)


Salam to all.... wahhh...lama tol x mengupdate blog ini...masa agak terhad kot...(alasan) uhuk uhuk

Oklah xnak cite panjang sebab byk lagi benda yang nk buat ni... hehe...Actly sy telah membuat satu blog baru khas utk bisnes.... jual ape???? hehe.... mesti soalan itu akan keluar kan...jual barang2 baby n kanak2... barang utk org dewasa kalau dirasakan sesuai jugak akan dijual, tp buat masa ni baby ngn kanak2 je la dulu..

Idea ni pon timbul sebab sy memang suka tgk baju baby n kanak2 yg online ni...cantik bangat...so, sesambil cuci mata tu boleh la beli borong n jual harga retail (murah la sikit sy dapat kan) n mayb kot sebab minat bisnes....

Dulu penah ade blog jual brooch tp sekarang trend org sekarang pakai tudung sarung je rasanya xramai da org nk pakai brooch kan kecuali kalau nk dekat raya nk bg nmpk glamer sikit...sy hari tu pon jual time posa je...memang masyukkkk.... lepas la duit raya tahun lepas... :)

So, kali ni nk tukar sikit la...mayb brooch tu nanti leh selit kat blog baru ni..hehe

Papepon all blogger n pembaca2 blog, sila la ke blog bisnes sy tu ye...jemput2 la cuci mata, produk xbyk lagi, br nk start kan...harap anda boleh memberi sokongan moral pada bisnes kecil-kecilan ini dan memberi idea / komen yg bernas.. :)
Ini link blog bisnes sy tu :

Friday, July 23, 2010

POKOK HIASAN BERACUN -- PLZ READ!!!


Salam to all...besela pagi2 jumaat ni kira macam santai la sikit...baca emel yg di forward yg terperuk selama seminggu kat dlm inbox...pagi ni saya terbaca satu artikel mengenai pokok hiasan yg beracun ini...x dinafikan pokok ni byk sgt kite lihat ditanam ni taman2...kawasan rumah...dan...entah2 ade jugak yg letak di DALAM RUMAH kita...plz all...check ok...pokok ni sgt familiar...

ni antara ape yg artikel tu tulis :

"Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang."



Gerun kan bila da baca? huhu..tambah2 yg mana ade anak yg kecik2 lagi...beware ye mommies n papa kat luar sana...harap2 info ini dapat membantu anda dan menambah ilmu kita...wallahualam...







Friday, July 9, 2010

To be share - Mandi Wiladah selepas melahirkan ( bukan mandi lepas kering darah nifas)

Saya baru je baca artikel ini dr emel...n I think it sholud be share kan? maybe ramai lagi yang xtau...for mommies2 yg tgh preggy & suami2 yg ade isteri tgh preggy tu sila alert ye...(termasukla sy :P )


Salam... sebarkan.. maybe ramai yg x tahu.. Moga ILMU ini dimanfaatkan
bersama..Insya- ALLLAH..

Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah
bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH ,
betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Ustazah ini , kita
memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak
boleh kira overall saja.

Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini
maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh
ALLAH...Nahuzubilla h'minzaliq. ..Wallahua'lam

Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak
mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun
Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan
oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari
dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi....

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak
tahu akan hal ini.....

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth...I've
talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there
exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering
tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being
sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah
berada di dalam keadaan bersuci...

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila
ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib
mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka
ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la
sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas
suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh
semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut
masuk angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua
orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil
inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal
ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati
dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran
cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:

1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak
keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:

1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan
kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:

1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja
kepala bayi keluar.

2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka
diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:

"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku
kerana Allah Taala".

Tula saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu
mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir
balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga
pantang.

Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap
kelhairan..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. . dalam
masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap
hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dng air sejuk..
cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang
lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang
pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang
lain..InsyaAllah

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini
sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan bersama.

Wallahua'lam.





Wednesday, July 7, 2010

Sudah 6 bulan...lalalala

Pejam celik pejam celik cepat tol masa berlalu...baby dalam perut semakin besar...da kuat rasa tendangannya...anak mama da besar ye :) sabar ye sayang...lagi 3bulan lebih je sayang dalam perut mama ni... hehe

Semalam g check up monthly kat klinik...macam besa je, tp not a good news, terkena lak kencing kotor...nurse pesan minum air byk2 n buat air barli...mn nk g cari barli ntah...rasa2 kat mydin presint 15 tu ade x? nak kene g jenguk sana la...

Kat opis ni pon dok telan air masak bergelen2 da nih...asyik nk ke toilet je..da la malas nk jalan g sana..haih...

So far keadaan diri alhamdulillah sihat je...baby mama pon insyaAllah sihat...kesemputan tu semakin terasa...sakit blakang pon kian terasa...kaki pon kalau lama je berdiri da start naik bengkak...tido malam pon da xlena...kejap2 mengiring kanan, kejap2 ke kiri...sebab sakit bahu...nk tido telentang pon sakit...itulah pengorbanan seorang ibu kan...tp bile rasa pergerakan baby dalam perut, sakit2 tadi hilang macam tu je... :)

Hati mama pulak sekarang ni cepat sgt terguris... sensitif... nasib ade Eishan yg boleh ubati perasaan itu... hurmm... malasla cakap pasal hati ni...nanti mama sedih lagi...sian kat baby ni... mama nak baby mama nanti happy je.... :)


Related Posts with Thumbnails

WELCOME!


New Updates!

Jom KLIK! KLIK!