Ku da masuk minggu ke 30 ni..kejap je rase..tgl lagi 10 minggu je..hehe..
ku de sket info kat bawah ni..
Minggu ke-29 - Postur ibu kelihatan lebih besar
pada bahagian hadapan terutamanya di bahagian perut yang semakin
memboyot. Kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan
agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian
bawah kulit. Kelopak mata bayi juga telah terbuka dan sistem
pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
(isteri ~ Bakal ibu
dan bapa digalakkan dengan lebih kerap mengalunkan surah Lukman
(kebijaksanaan) dan surah Yusuf (kecantikkan) untuk dendangan bayi.
Lagu2 rock dan heavy metal harap di elakkan sangat-sangat)
Minggu ke-30 - Ibu perlu banyak berehat. Jika tidak
bekerja, pastikan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu
malamnya pula, pastikan tidur awal dan mendapat tidur yang selesa.
(isteri ~Tips tidur: Angkat sedikit
kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya untuk menggurangkan
kebengkakan dan menambah keselesaan)
Minggu ke-31 - Ibu akan mendapati tanda kesan
regangan merah pada perut. Manakala pada payu dara pula akan kelihatan
salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi
masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm
dengan berat 900 g.
Minggu ke-32 - Bayi mengalami pertambahan berat
badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih
berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah
wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana
takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, ibu tidak perlu
risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan
mencederakan bayi.
Minggu ke-33 - Bayi telah memiliki rupa paras yang
tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir
kelak. Malah, bayi juga sudah boleh membezakan antara terang dengan
gelap.
(isteri ~ Kerapkan rehat. Berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana ibu mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar)
Minggu ke-34 - Kedudukan bayi betul-betul berada
pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi
terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini
lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi
kelihatan agak tembam.
Minggu ke-35 - Ibu akan merasai kesukaran untuk
bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak
dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa
dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah
menjadi lebih ketara dan menonjol.
(isteri ~ Lakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim)
Minggu ke-36 - Ibu yang berkerja sewajarnya sudah
mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan
dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal
ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein”
dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya
memenuhi ruang uterus ibu. Ibu akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
(isteri ~ Bercuti dan enjoy your holiday with no work. Rest, rest and rest. Let job done by your husband)
Minggu ke-37 - Kepala bayi mungkin sudah turun ke
ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk
bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar
menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah
sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan
kaki.
Minggu ke-38 - Ibu merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing terjadi.
(isteri ~ Rajin-rajinkan diri ke tandas dan kerapkan minum air kelapa)
Minggu ke-39 - Saat hampir bersalin. Perut kita
sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran
kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita
perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas
dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
(isteri ~ Boleh juga terus letakkan packing barang2 ibu dan bayi di dalam kereta)
Minggu ke-40 - Minggu terakhir dan ini adalah minggu yang ditunggu-tunggu. Ibu akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen
dan akan merasa sedikit gatal. Ibu juga akan mulai rasa kebas pada
bahagian kaki. Bayi dalam kandungan kini telah bersedia untuk
dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4
kg. Jadi impian bakal ibu dan bapa kini akan menjadi kenyataan dalam
sedikit masa sahaja lagi.
(isteri ~Bersabar dan ku doakan semuanya selamat. Amin…)
Diolah dari : www.mengandung.com/newsletter/
0 comments:
Post a Comment