Wednesday, April 28, 2010

~~ Petua Memudahkan Bersalin~~

Salam semua...kandungan sy baru masuk minggu ke-15 :) tp da mula rase risau untuk menanti saat2 itu...hehe...walaupun ini adalah kandungan yang kedua, pengalaman yang pertama masih segar dalam ingatan...

Lepas solat selalu sy berdoa agar dipermudahkan untuk melahirkan kandungan ini...Tengah lunch ni ( xpergi lunch sebab da bawak bekal masak kat rumah tadi ) sy terus search forum2 utk ingt balik petua2 & amalan semasa hamil nih...:P ye la, da setahun lebih tinggal sume tu kena la carik balik sbb da xingat da..hehe..dan terjumpa la petua utk memudahkan bersalin ....Alhamdulillah sy juga amalkan semasa kandungan yg pertama dulu... jom selidik..hehe :



Petua Memudahkan Bersalin.

a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.

b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah.Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
SURAH AL-ANBIYAK(21):87


c) Amalkan minum air lebihan suami. --- selalu gak sebab mmg selalu share
gelas/cawan


d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi. ---
hehe..pas mandi kalau teringat baru buat :P


e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu
memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan
seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan
memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat. --- ooh..masih ade
sebalang kat umah harus dihabiskan :)


f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi. ---
dulu mmg selalu minum air kelapa nih beli masa org jual kat pasar
ramadan...wah...enak bangat klu minum sejuk2...tp lepas pantang mmg
xamalkan sbb org tua2 ckp nanti da tua nanti cepat sakit badan..tunggu da
7-8 bulan nanti la baru minum


g)Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan. --- jrg
buat sbb mmg xsuke bau telur mentah..hehe


h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.

i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia
kandungan 6
bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9
bulan amalkan ia
setiap hari. --- masak santan sampai keluar taik minyak
(taik minyak nih ayt org tua dulu2)


j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum
susu.
Selain meminum air soya. --- i like apple! tmbah2 yg hijau...masam2
gitu


---- Terpulangla kepada kepercayaan masing2...:)----

Kat sini juga terdapat beberapa surah2 amalan yang bagus dibaca semasa hamil tetapi lebih elok kalau kite baca seluruh isi Al-Quran...dan amalkan sepanjang masa...

  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.

Doa semasa hamil

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


Di samping amalan2 di atas jgn kite lupakan pada solat 5 waktu...dan kalau berkemampuan disertakan dengan solat sunat sekali...InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan...semuanya juga adalah ingatan utk diri sy yg kerdil ini..:) selamat beramal...

2 comments:

Im - mamababahworld said...

gud luck enaz..semua petua sangat bagus..tapi part sedut/hisap ayaq hujung rambut tuh..apa signifikan dia kan? kekekke

e_nazz said...

thanx yusma ..haha..akupon xtau le...kdg2 xlalu gak nk hisap sbb air paip kan..buat cukup syarat je..terpengaruh ngn kata org tua2...bace selawat n hisap air kat hujung rambut tu..tp skg rambut aku pendek la, xsampai lak..heeheheh

Related Posts with Thumbnails

WELCOME!


New Updates!

Jom KLIK! KLIK!