Muhammad Eishan Rayyan kini setahun 6 bulan...my precious son...
Muhammad Eishan Rayyan ( Muhammad – nama nabi terakhir kita, Eishan – hidup sentiasa diberkati Allah swt & Rayyan – pintu syurga bagi org2 yg berpuasa) nama pemberian papamu.. saat ini mama di office dan terbayang2 wajah anak comel mama seorang ni yg semakin besar panjang..Alhamdulillah anak mama diberi kesihatan yg baik dan sgt bijak..
Eishan…mama lakarkan coretan ini semoga Eishan dapat membacanya suatu hari nanti dan mengetahui betapa berharganya Eishan pada mama, betapa sayangnya mama pada Eishan…dan mama xpernah rasa penat membesarkanmu sayang…xkan ada perkataan ‘jemu’ dlm kamus hidup mama setiap saat melihat wajahmu…¬
Kenakalanmu walaupun kadang2 menimbulkan perasaan geram dan marah, cair bila melihat senyum mu..mendengar tawamu…Memang penat untuk menjadi ibu yg bekerja…mana nk balik memasak, mengemas rumah yg mcm tongkang pecah tapi kadang2 mama biarkan saja kerana terlalu letih untuk mengemas dan menunggu hari minggu utk melakukan semua itu..tapi keletahmu membuatkan penat mama hilang seketika…ketika ingin melangkah masuk ke rumah, sayang mama sudah tercegat dekat gril dan tersengih menampakkan gigi2 yg penuh itu…:P
Cepat betul masa berlalu pergi…anak mama kini sudah berlari dan melompat...sudah pandai menyelerakkan rumah…habis kusyen2 ditarik keluar, air basah di lantai, makanan bertabur, basikal, kuda, kereta ditunggang terbalik..memang terkejut setiap kali mama pulang dari kerja…pening kepala mama dibuatnya…lasak betul anak mama…
Tapi xpe...sebab mama syg anak mama, mama xkan marah..mungkin itu cara untuk perkembangan minda anak mama dalam proses pembesaran ini…kadang2 mama kesian kat Eishan, xde org nk melayan anak mama bermain….walaupun badan terasa penat, mama akan cuba kuatkan diri utk melayan, bermain, bernyanyi dengan anak mama ini…mama sgt suka bile mendengar tawa nakal anak mama ni…saat kira 1-10, A,B,C…nyanyi twinkle2 little star, lagu ibu…mama sangat terhibur…walaupun mama dah pun menguap beberapa kali…
Sampaikan masuk bilik pun ajak mama main lagi…main panjat2…naik atas kaki mama suruh buat kuda….sampaikan mama betul2 xmampu melayanmu lagi syg…dan mama biarkan anak mama bermain, bercakap seorang diri…sambil memanggil..’mama..mama…mama’ dan menepuk2 mama dengan harapan mama akan melayan lagi…tp mama sudahpun diulit mimpi…dan biarkan ank mama tidur sendiri…kesian anak mama…
Saat melihat dirimu lena di pagi hari, sejuk perut mama melihat wajahmu yang tenang…berkali2 mama kucup wajahmu dan selalu terdetik di hati mama ‘besar panjang da anak mama.. dulu kecik je’…dirimulah penenang hati mama semasa mama dilanda kesedihan…berat hati mama untuk melangkah keluar dari rumah untuk ke office tambah2 jika anak mama sudah bangun dan meraung2 di pintu gril melihat mama pergi…sayu hati mama. Tak sampai rasa hati ini meninggalkanmu sayang...tp mama terpaksa…jika mama diberi pilihan..mama akan memilih untuk menjagamu sepenuh masa sayang…
Terlalu banyak sebenarnya yg mahu mama coretkan di sini sayang…kerana terlalu banyak dirimu cipta kenangan2 yang indah dalam hidup mama…Setiap hari pasti ada kenangan2 itu yg akan sentiasa terpahat di hati mama…Sungguh…walaupun terasa seperti bertarung dengan maut menahan kesakitan melahirkan dirimu…mama tau Dia telah membayar segala kesakitan itu dengan dirimu seperti sekarang ini…Alhamdulillah…dan anak mama ini tidak lama lagi akan menerima adik. Mama harap Eishan dapat menjaga, menyayangi adik Eishan ini sepenuh hati…seperti mana mama sayangkanmu..bagi mama…kalian adalah anugerah yg tidak ternilai dalam hidup ini…
Sekian…salam sayang...
Dari mamamu yang amat menyayangi dirimu…(pagi Jumaat – 07/05/2010) sempena sambutan Hari Ibu 2010
4 comments:
Selamat Hari Ibu...! ^_^
Tq mamalieyna..selamat hari ibu jugak! :)
happy mother's day! :)
same to u :) mom to be...
Post a Comment