Friday, December 24, 2010
Ruangan Kantorku
Really need a deep freezer at home..adeh!
Tuesday, December 21, 2010
Jom habiskan cuti!
Wednesday, December 15, 2010
Projek mengepam di opis & stok EBM ku ;)
Tuesday, December 14, 2010
Storage bag on SALE!
Survey2...dapatla yg murah dan berbaloi2...siap sale lagi...brand You Have A Baby..tapi yg ni kena pakai rubber band...xkesah la...murah n bykkkk...ade 100 pcs...macam dlm pic kat bawah ni..RM 23.90, normal price RM 29.90...ok la klu nk pakai sekali je kan...td br je beli kat littlewhiz n tgh tunggu response diorang, mintak2 cepat la sampai sebab da nak habis da storage bag kat umah tu..huhu
Saturday, December 11, 2010
'Mama!!! piya sakettt!!!!'
Friday, November 12, 2010
Sebulan sudah...
Friday, November 5, 2010
Welcome my dear Safiyyah... ;)
Salam to all...lama sudah x jenguk blog ni...hurm...byk sebenarnya nk story kat sini tp xtau nk start dari mana...huhu...ok, make it short, now sy sudah pun selamat bersalin (38++ weeks) pada 11 /10 /10 hari Isnin ritu (9.30 pg, 2.64kg)...emergency czer coz baby breech...klu nk ikutkan schedule, sy suppose to be admit on 13 / 10 / 10 (Rabu) coz doc nak buat procedur ECV (pusing baby)...tp klu nk ikut kan kata hati sy xnk buat ECV tu sebab ade gak risiko2 die, n sy prefer utk terus buat czer...tp besela da itu yg doc tentukan ikut jela...malas nk ckp byk...tp mmg semenjak doc tentukan buat ECV tu hati ini tidak penah tenang...selalu rs nk nangis je..huhu..xtau la nape...sy rs sgt2 stress...tido pon xlena...hari2 pujuk baby suh pusing ke bawah, time sembahyang pun sujud lama2..mcm2 doa yg sy amalkan utk baby songsang ni...tp ape yg berlaku hanya kehendakNya...kita cuma berusaha dan berdoa...selebihnya kita serah kepadaNya...
Mungkin Dia mendengar rintihan dan kegelisahan hati ini...pagi Isnin 11/10/10 dlm pukul 4.45 pagi, sy terjaga sebab ingin ke bilik air. Lepas keluar dr bilik air sy landing balik atas katil tp pelik sebab macam ade air keluar lagi...kusangkakan air kencing, try la tahan tp still keluar...sy pon bgnla..terus air tu keluar...xkeluar sekali byk, sikit2 die keluar tp kerap...memula tu rasa cuak sgt...air tu ade campur darah sikit...sah! waterbagku da pecah!! Terus kejutkan hubby...konpius pagi tu samada nk tunggu sakit or terus g hospital...sy terus call mak..tp mak xangkat...call kak ipar, kak ipar suh g hospital terus xyah tuunggu sakit sebab lagipun babyku breech.
Xtaula kenapa pg tu sy rs takut sgt nk deliver bb utk kali ni...rasa takut sgt...sy cuba tenangkan hati dgn baca doa yg pendek2...lepas call kaki par, sy terus mintak ampun kat hubby, mintak doakan sume dpermudahkan...ntah nape tetiba air mata jatuh..sy menangis tersedu2 dlm pelukan dia...nape ntah rasa xcukup kuat kali ni...hubby pujuk n beri kata2 semangat...pas da ok skit, kitrg pon bersiap, xminum/mkn papepon sbb tau sy akan di czer...nasib adik ade kat umah, die tolong tgkkan Eishan...
Dalam pukul 5.20 pg kami bertolak ke hospital serdang...terus ke kaunter P&C, hubby tunggu kat lobby, pas register sy terus masuk dlm n diorg buat ctg, pukul 6 tu sy da start rs contraction. Pukul 7 pagi t da rs 15-20 minit sekali. Doc dtg tanya bg pilihan either sy nk bsalin normal or czer... cepat2 sy ckp czer, sebab sy tahu kalau normal risiko kat baby tinggi...biarla czer risiko tu atas sy, janji baby selamat. Sy terpaksa tunggu sampai kol 9 mcm tu sebab tunggu 1 lagi emergency czer coz bb die da berak kat dlm. Time tu contraction usah ckpla...da 5 minit sekali..mmg rs nk meneran da..sakit itu sy rasa sekali lagi...kali ni xpayah induce..hihi..normal..dlm hati dok jerit cepatla masuk ke OT!!! Xtahan da nih...diorng bg surat suh sign sy terus sign, x baca langsung! Pukul 9 mcm tu sy ditolak ke OT, b4 tu jumpa hubby dulu, diorg explain kat hubby sy kene emer czer..bla..bla...oi...cepatla, aku xtahan da nih!!!! Sempat sy genggam tgn hubby...giler sakit!!! Sepanjang ditolak ke OT sempat la sy meneran gak 2-3 kali sebab mmg xtahan sgt...
Masuk je OT doc terus cucuk bius kat tulang belikat kat belakang dengan posisi duduk...lepas cucuk tu...wah...leganya...hilang rasa contraction td...n i feel good...hihi...tp kejap jela...pastu baring...bius ni separuh sedar...sy mmg sedar...Cuma dr pinggang ke kaki xde deria rasa...Maka bermulala operation ke atas ku. Mata terpedip2..terasa torehan pisau...pantas tol, xsempat nk bersiap sedia...hihi...mmg terasa sgtla doc godek2 perut nih...dengar doc ckp yg pungung bb da masuk ke laluan..tu diorg godek2 lama sikit sebab nk tarik blk punggung bb...aduh...xtahan gak time tu...sakit jugak sebenarnya walaupun dibius...sy lak rs nk muntah sgt2...tp bertahan je...nasib leh tahan...da la OT sejuk giler...beberapa minit pastu (9.30 pg) dgr da la bb menangis...alhamdulillah...rs doc jahit, tp xsakitpon...masa tgh jahit tu nurse dtg bawak bb tunjuk jantinanya...Ya Allah! Ku sangkakan lelaki, tp Alhamdulillah Kau berikan kami anak perempuan...mmg dr awal preggy sy xtau langsung jantina bb kami...scan pon da hujung2 n mmg xnmpk langsung jantina bb dlm perut tambah pulak keadaan bb yg menyonsang..kami terima je...nurse sempat letak atas dada...rs bersyukur sgt2...rasa itu dg sekali lagi... ;)
Dalam pukul 11 pagi sy ditolak ke wad bersama baby baru...syukur Alhamdulillah semuanya telah selamat...lahirlah puteri kami , ank kedua kami ...semoga membawa lebih kebahgiaan dan sinar dlm keluarga ini...amin...time ni baby xde nama lagi...panggil baby jela...sebab xprepare pon nama baby girl...prepare tuk baby boy... ;P
Wednesday, October 6, 2010
Hari ni da masuk 38 weeks! wow!
Thursday, August 26, 2010
Ramadan datang lagi...
Friday, August 20, 2010
Berita gembira :)) !!!
Monday, August 9, 2010
Hari yg bosan...jom tengok MSS collection :)
Thursday, August 5, 2010
My New Look Bisnes Blog :)
Friday, July 23, 2010
POKOK HIASAN BERACUN -- PLZ READ!!!
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.
Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".
Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang."
Friday, July 9, 2010
To be share - Mandi Wiladah selepas melahirkan ( bukan mandi lepas kering darah nifas)
Salam... sebarkan.. maybe ramai yg x tahu.. Moga ILMU ini dimanfaatkan
bersama..Insya- ALLLAH..
Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah
bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH ,
betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Ustazah ini , kita
memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak
boleh kira overall saja.
Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini
maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh
ALLAH...Nahuzubilla h'minzaliq. ..Wallahua'lam
Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak
mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun
Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan
oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari
dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi....
Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak
tahu akan hal ini.....
Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth...I've
talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there
exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering
tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being
sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah
berada di dalam keadaan bersuci...
Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila
ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib
mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka
ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la
sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas
suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh
semua orang.
Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut
masuk angin.
Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua
orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil
inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal
ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati
dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran
cahaya mata.
Perkara Wajib mandi hadas besar;
Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak
keluar mani pun kena mandi juga.
Bagi perempuan:
1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan
kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja
kepala bayi keluar.
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka
diwajibkan mandi hadas.
menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku
kerana Allah Taala".
Tula saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu
mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir
balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga
pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap
kelhairan..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. . dalam
masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap
hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dng air sejuk..
cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.
Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang
lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang
pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang
lain..InsyaAllah
Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini
sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan bersama.
Wallahua'lam.
Wednesday, July 7, 2010
Sudah 6 bulan...lalalala
Tuesday, June 29, 2010
Nak beli x toys banyak2? nanti rumah bersepah la...
Toys for 12 to 18 months
Your toddler is really taking off these days -- and as you chase your little runaway down the street yet again, you may miss the days before she learned to use her legs so well. "Active" is the best way to describe her now, and she likes any toy or game that allows her to throw her whole self into it -- balls, swings and little climbing frames to name a few.
Her hands are becoming more coordinated, too, and she can now use shape sorters more efficiently, build even bigger block towers, and scribble a drawing. Her play involves lots of experimentation, such as "What happens if I drop this ball?" or "What happens if pull this lever?" She's very interested in the consequences of her actions, and because her memory isn't well developed she won't tire of repetition. Toddlers also like to try out what they see adults doing, so look for toys that imitate daily life.
Push and pull toys: Heavily weighted push toys can give your beginner something to lean on as she motors around your home. Pull toys are great for more advanced walkers who can look behind them as they move forward: ones that flap, bob up and down, squeak or in any other way catch attention are favourites.Find out more about walking and your toddler.
Sorting and nesting toys: Toddlers love to sort, stack, unsort, unstack, and basically reorganise their lives. Sorting and nesting toys are great fun for those who are trying out their early problem-solving skills.
Climbing frame: A small climbing frame can give your toddler a safe place to climb, hide, slide, and practice all her emerging motor skills -- over and over again. But they can also be pricey and are quickly outgrown.
Balls: Any ball that's easy to grasp will be a hit with this group -- underinflated beach balls, tennis balls, cloth balls. Stay away from foam balls that could end up as a mouthful. This is the age at which you can introduce your child to "catch". Start slowly -- she'll begin to get the back-and-forth rhythm with some practice.
Washable crayons and paper: Let the scribbling begin! Hand your toddler no more than a couple of crayons at a time -- you don't want to overwhelm her -- and tape the paper to the floor so she can make her mark without dragging the paper along with her.
Ride-on vehicles: This mode of locomotion may be even more popular than walking. Many small ride-on toys have handles for an adult to push when the child gets tired. Avoid the electronic versions -- they're expensive and take away from the fun of getting around under your own power.
Tool bench or toy kitchen: Fix-it kids or aspiring chefs will get hours of play out of plastic or wooden models scaled to their size. Toys like these give a child a chance to emulate the things he sees adults doing, and they'll continue to hold his interest for several months as his play gets more sophisticated.
Picture books: Your toddler will enjoy more advanced picture books showing familiar objects and activities. She may also start to take pride in her own library and the chance to pick out a favourite for you to read.
Monday, June 28, 2010
~~ Nak baby dalam perut bijak tak?? ~~
Salam all... masa tengah surf2 tenet pagi nih ade terbaca satu artikel seorang pelajar PHD yg buat research macam mn nk bagi anak yg dalam kandungan biler lahir nanti akan jadi bijak...jom share same2... :)
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soala n yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.
Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembang an beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama y ang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok,. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otk (bodoh).
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah tekalah sendiri.!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)
Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi..
Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Pemerhatian menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap ditel iti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan,dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.
Berpusat di New York , Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis , Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York .
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.
Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan
hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di
pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok?
Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan
ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh.Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa."
Dr. Stephen Carr Leon
MY FAMILY
WELCOME!
New Updates!
Jom KLIK! KLIK!
Blog Design by Gisele Jaquenod