Thursday, February 18, 2010

Bahan kimia yang terdapat pada Disposable Diapers & Bertukar ke Cloth Diapers :)


Salam to all...

Nak tau ape itu Cloth Diapers @ CD?

Pada mulanya saya memang x terfikir langsung nak cuba guna CD ni. Hurm...sampaila satu hari ni bile seorang kawan cuba memperkenalkan pada saya :) Pada mulanya saya ragu2 la jugak nak pakai, nape nk menyusahkan diri sendiri nk pakai diapers yg kene basuh, kan senang klu pakai yg disposable punya, lepas pakai buang je, xyah fikir ape. Cepat dan mudah, bukan?

Tapi saya cuba surf ape kebaikan memakai CD ni...sangat memeranjatkan...ape yang sy fikirkan selama ini pasal CD memang salah sama sekali. Mungkin saya agak lambat mengetahui info pasal CD ini daripada ibu2 di luar sana dan rasa sedikit menyesal la..hehe...tp xpe...belum terlambat untuk saya mulakannya. Anda ingin tau ape kebaikan nya? Jom baca :


Keselesaan / Kesihatan

Disposable Diaper mengandungi bahan kimia sintetik Carcinogenic Dioxin yang boleh menyebabkan cancer, birth defects, liver damage, skin diseases and genetic damage. Ia juga mengandungi sodium polyacrylate yang membuatkan Disposable Diaper menyerap cecair yang akan bertukar menjadi gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam.


Mesra alam.


Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia.
Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.

Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menybabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.

Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.


Bayi akan cepat tahu beza basah dan kering

Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat 'menyedari' perbezaan antara basah dan kering. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan. Bagi bayi yang memakai lampin kain, masanya lebih singkat, iaitu sehingga setahun lebih awal.


Fungsinya sama seperti lampin pakai buang (disposable diapers)

Ia boleh digunakan sama seperti pampers biasa. 3 hingga 4 jam. malahan jika ibu inginkan waktu yang lebih lama bertahan, para ibu boleh memasukkan 2 insert dalam satu masa. ia boleh bertahan sehingga 7 hingga8 jam. ia sesuai di praktikkan pada waktu malam


Tiada bau Poo-poo didalam rumah.

Ini kerana najis itu boleh disingkirkan terus dengan mudah dari CD terus ke toilet bowl dan dibasuh, xpayah la letak dlm tong sampah dalam rumah. Tambah2 kalau tong sampah tu dekat dapur...agak memualkan bukan?


Mudah untuk dibasuh

Cloth diapers ini mudah dibersihkan. tidak perlu bekerja kuat untuk dibersihkan. hanya perlu disental sedikit sahaja agar bau hilang dan tidak perlu diberus. Poo-poo (najis) jugak mudah dihilangkan dan tidak melekat pada cloth diapers. Warnanyer kekuningan itu juga mudah hilang dr cloth diapers. Ia juga boleh dibiarkan selama 3 hari jika ibu2 tidak ada masa untuk membasuh dan tidak mudah bertahi lalat. Yang paling mudah ia boleh di basuh menggunakan mesin basuh....


Jangka Masa yang panjang

Cd ini boleh dibasuh dan digunakan semula. Jadi para ibu boleh berjimat untuk membeli pampers pada setiap bulan. ia juga boleh digunakan sehingga berumur 3 tahun iaitu dari lahir hingga beratnyer 13kg. Malahan ia boleh digunakan semula oleh bakal adik2nyer....SANGAT JIMAT!!!

Boleh di ubahsuai

Cd ini boleh di ubahsuai mengikut size yg digunakan. ia mempunyai 3 size, iaitu S, M, L. Ibu bolehlah mengubahsuai mengikut size si manja.


Menjimatkan!!!

Sangat menjimatkan! Saya sengaja meletakkan list ini di bawah sekali kerana saya bukan terlalu berkira pasal duit untuk permata hati saya. Tapi senarai yang di atas adalah lebih bermakna dari saya...dan saya ingin memberikan yang terbaik untuk Eishan...dan penjimatan ini merupakan satu bonus untuk saya dan akan digunakan untuk keperluan Eishan yang lain :)


Para ibu sekelian, marilah kite renung2kan demi masa depan anak-anak kesayangan kita....





Dan saya turut search untuk
Bahan kimia yang terdapat pada Disposable Diapers :



Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.

Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka. Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.

Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.

Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).

Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.

Pengguanan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.
Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.

SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007) ---Saya jumpa di SusuIbu.com


P/S : Untuk para ibu yang ingin mencuba CD ini, saya boleh tolong dapatkan dengan harga yang ok dengan kawan saya :) saya pon nak order lagi ni..hehe...ym saya k : e_nazz@yahoo.com / sms : 010 - 2998372


5 comments:

Hanz said...

Welcome to CD world! U are one step closer to Green Living. Thumb up.

Feel free to Q me if ada ??? on CD. :>

e_nazz said...

thanx kak hanz..:) rasa mcm terlamabt je..tapi xpe, anak baru sorang..ekeke...'Save the WORLD' :)

Lady said...

enaz... sounds interesting je~ hurmm.. macamana nak tau details lagi?

麻辣鴨血Maggie said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

De'Lia E-Shoppe said...

Saya da cuba CD,,rupa2 nye lps guna trs jatuh cinta pd CD dan menjadi agent CD..hehehe

Related Posts with Thumbnails

WELCOME!


New Updates!

Jom KLIK! KLIK!